Biodata Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas
Colour Vibration Therapy (CVT)

Prof. Emeritus Dr. Sir. Norhisham Wahab


 

 


 

Prof. Emeritus Dr. Sir. Norhisham Wahab

Kemaskini : 02 April 2009

   

Professor Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab dilahirkan di Kuala Lumpur pada 21 April 1960. Beliau menempuh sejarah perjalanan kehidupan yang agak panjang sebelum mencapai kejayaan yang sering diungkap dan diimaginasikan bersama rakan seperjuangan dan kalangan penuntutnya. Pengalaman awal beliau agak berbeza dengan apa yang dilakukan di mana pada suatu masa beliau begitu berminat membuat penyelidikan kepada alam perubatan tradisional dan perdukunan dengan tumpuan terhadap petua dan amalan-amalan. Ini adalah kesinambungan daripada warisan keluarga beliau yang pernah menjadi dukun diraja pada suatu masa dahulu.

Oleh kerana peluang untuk melanjutkan penyelidikan dalam bidang perubatan agak terhad di dalam negara pada ketika itu, beliau telah memilih untuk mencari ilmu dan pengalaman baru di luar negara, kesempatan bekerja dengan seorang doktor perubatan di Jerman telah membuka peluang untuk mengkaji dan meneliti setiap penemuan yang pernah dilakukan di tanahair. Ketika itulah beliau mula mendalami setiap perkara yang berkaitan dengan kesihatan dan kejadian alam semesta. Apabila pulang ke tanahair, beliau meneruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan dalam bidang penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit yang menjurus kepada konsep komplimentari dan alternatif dan berasaskan sains fizik. Setiap penemuan beliau akan cuba dihasilkan  dalam  bentuk yang boleh digunapakai atau  dipraktikkan  sehinggalah  beliau  berjaya.  Kemudian beliau menyusun tesis yg berkisar tentang sel dan tenaga dan  memperolehi

 tenaga dan memperolehi kedoktoran MD (MA) pada 1998 melalui The Open International University di bawah naungan WHO dan United Nation. Beliau telah dianugerahkan gelaran Profesor pada tahun 2002 setelah menyiapkan tesis yang bertajuk masa dan sel. Melalui sebuah makmal yang dibangunkan, beliau melakukan banyak ujian secara klinikal di dalam mengkaji kesan bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan spiritual, mental dan emosi serta fizikal serta hubungkaitnya dengan tubuh manusia.

   

Akhirnya beliau menyedari bahawa setiap penelitian dan praktikal daripadanya perlu merujuk kepada realiti kebesaran penciptaan alam semula jadi melalui asas sains fizik berkonsepkan islamisasi ilmu. Beliau juga memecah kebuntuan alam semula jadi dalam metafizik bahawa kesemua hukum alam dan pergerakan zarah-zarah itu diwakili satu ukuran gelombang yang sebenarnya boleh diukur, dinilai malah boleh ditiru, dirakam dan digunakan semula dalam sebarang tujuan.

Pada awal 1999, beliau mengambil langkah mengasaskan Colour Vibration Therapy setelah menyelidik dan menggunakan teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi serta hubungannya dengan penyakit melalui konsep rawatan hidroterapi. Belliau mengambil tindakan berani apabila memperkenalkan konsep rawatan hidroterapi ais sebagai kaedah perawatan penyakit yang pertama seumpamanya di dunia. Ia kini lebih dikenali sebagai Hidroterapi Ais yang sebenarnya lebih menyeluruh dan mantap dalam konteks terapi atau perawatan penyakit malah penjagaan kesihatan. Beliau yakin, konsep ini akan diterima oleh seluruh masyarakat dunia pada suatu hari nanti merujuk kepada keberkesanannya dan signifikan yang begitu luarbiasa. Hasilnya,telah ramai pesakit dengan pelbagai jenis dan ragam penyakit telah berjaya dipulihkan. Beliau meneruskan usaha-usaha penyebaran ilmu dan maklumat berkenaan  konsep ini melalui kursus-kursus yang dianjurkan setiap tahun.  Beliau  juga  menubuhkan

sebuah institut khusus untuk mengumpul mereka yang berminat dengan konsep perubatan alternatif dari seluruh negara.

Pada tahun 2004, beliau melalui Colour Vibration Therapy mencipta sejarah baru apabila mendapat pengiktirafan fakulti dan gabungan dengan The Open International University for Complementary Medicines. Penubuhan Fakulti Universal Science of Colours tercatat pada 5 April 2004, yang kini sedang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Pada tahun itu juga penganjuran kali pertama konvokesyen Fakulti Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada bulan September 2004. Tidak terhad dengan pengiktirafan sebelum ini, beliau dianugerahkan dengan gelaran Sir di mana ia disempurnakan sendiri oleh Pengerusi The Open International University for Complementary Medicines, Prof. Dr. Sir Anton Jayasuriya juga pada majlis Kongres Sedunia di Shah Alam, Selangor, Malaysia pada tahun yang sama.

Hasil daripada pengalaman luas dalam bidang kesihatan, beliau mengemukakan pandangan tersendiri yang lebih unik tentang kehidupan melalui konsep yang dinamai 'Multi-Disiplin Seni Sains Kehidupan Melalui Falsafah Kesihatan' dengan garapan teknologi perubatan yang lebih menyeluruh dan diterjemahkan dalam bentuk falsafah merangkumi aspek keagamaan dan saintifik menerusi berbagai bentuk kebermaknaan kata. Ini adalah manifestasi jurusan kesihatan yang lebih merangkumi segala aspek kehidupan serta berlangsung secara serentak tanpa ada suatu pun yang terkecuali daripada 'keserentakan' hukum alam semesta dan segala penciptaanNya.

Beliau dianugerahkan dengan tahap Emeritus pada tahun 2006 melalui majlis Kongres Sedunia Perubatan Komplimentari di Melaka.

Kini beliau giat meneruskan usaha membangunkan Colour Vibration Therapy dan Fakulti Universal Science of Colours dengan menetapkan visi bahawa semua lapisan masyarakat berhak memperolehi manfaat yang tidak terbatas melalui keharmonian dan keseimbangan tahap kesihatan.

Muka Depan | Biodata Pengasas | Apa Itu CVT | CVT Dalam Media | Hidroterapi Ais | Hubungi |   Order Online

Produk CVT | Formula NW | Fungsi NW | Kombinasi NW | Tindakbalas NW | Kesan Positif NW | Kelulusan KKM
 




MAL 06081329 TC





ALGA Shoushma & Harmonise Sexual Treatment
 

Seri Wajah (Aromatherapy Vibration) RM72
(Gabungan Minyak Pati Bunga Dipertenagakan)

Set Alga Shoushma For Men RM220
(Produk Khusus Untuk Lelaki)

Set Alga Shoushma Love Oil RM125
(Produk Khusus Untuk Wanita)

     
     

MAL 07020863 K

Tea Tree Cleanser RM50
(Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit)

Emotional Quotient (EQ) RM145
(Kebijaksanaan / Intelligence)
Seri Wajah Antioksidan
(Diet Antioksidan Untuk Masyarakat Asia)
     
     

MAL 06071278 TC
Garam Booster / Garam NW RM33
(Garam Tinggi Potassium & Rendah Sodium)
Diamond Black Seed RM35
(Bawang Putih + Habbatus Sauda)
Basic Energy (BE) RM118
(Habbatus Sauda + Saffron / Za'faran)
     
     
Brainy Sugar Energy BSE1234Kids RM105
(Formula Untuk Pembentukan Sahsiah)
Formula Sinar RM25
(Gabungan Semua Jenis Warna)
Formula Natural Wave RM33
(NW01-NW20)
     
     
Formula SW99 RM50 & NW99 RM33
(Merangkumi 99 Jenis Simptom Penyakit)
Vocal Modulator RM60
(Penceramah, Guru, Penyanyi, Kaunselor dsb)
Vibration Liquid Chlorophyll RM50
(Minuman Klorofil Alfalfa)
     
     

Dengan Mekanisma Magnetik Terkini


Body Slimming, Shaping, Firming & Concentrate JM 0443123 - M

Order Online

Kos Penghantaran Poslaju Percuma!!
**Bagi setiap pembelian melebihi RM100

Jam Ke Kanan / Anti-Clockwise QuantumXcel RM899
(Pengimbang Semulajadi Setiap Detik / Saat)
Body Mass Index - 9 RM1080 Satu Set 4 Fasa
(Turun 5Kg Ke Atas Dalam Masa 2 Minggu)

Muka Depan | Biodata Pengasas | Apa Itu CVT | CVT Dalam Media | Hidroterapi Ais | Hubungi |   Order Online

Produk CVT | Formula NW | Fungsi NW | Kombinasi NW | Tindakbalas NW | Kesan Positif NW | Kelulusan KKM



 


Colour Vibration Therapy (CVT) Malaysia
Email : umar5999@yahoo.com
Hubungi : Umar Bin Misnan
No. H/p : 016-9182523