|
Aura ataupun
digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran
tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang
diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi
sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan
dan tumbuhan yang hidup.
Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah
sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel
berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ
yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel
itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi
sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal,
perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang
menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah
kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai
warna dengan frekuensi tertentu.
Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik
yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan
gelombang.
Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan
sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh,
psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini
menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan
menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah
keadaan auranya.
Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam
sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun
yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang
bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui
tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di
dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak
dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika
rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi
aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang
mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau
hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang
menghayatinya.
Wap-Wap Air Dan Cahaya Terang-Benderang
Hukum cahaya terang-benderang di dalam alam bumi ini
berbanding dengan planet-planet lain sebenarnya terletak di
dalam rahsia kandungan air (laut) yang memiliki unsur
oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida. Unsur-unsur
ini sebenarnya terdapat dalam pusingan lengkap tubuh manusia
yang dicipta daripada air dan tanah.
Wap-wap air atau aura di persekitaran tubuh manusia yang
cantik, terang dan bercahaya adalah seumpama kejadian
pelangi yang cantik sebagai menggambarkan tubuh manusia yang
sejuk di sebelah luar dan panas di bahagian dalamnya sebagai
tanda aura atau warna-warna keceriaan. Akan tetapi aura-aura
atau pelangi yang malap tidak bercahaya dan pudar bermakna
air di luar tubuh bertukar menjadi panas manakala suhu darah
bertukar menjadi sejuk. Itu adalah tanda kesihatan yang
kurang baik. Kesan semula jadinya didapati suhu tulang turut
bertukar menjadi panas.
Sistem suhu mengikut lapisannya yang normal, sepatutnya
darah bersifat panas dan tulang bersifat sejuk. Aura di
bahagian luar tubuh juga harus dalam keadaan sejuk untuk
menggetarkan pusingan elektron mengikut landasannya yang
tepat.
Kesan Psikologi dan Ketidakseimbangan Aura
Untuk melihat sendiri bagaimana rupanya aura diri atau
seseorang, salah satu kaedah moden ialah melalui penggunaan
kamera aura yang digunakan oleh mereka yang menggunakannya
secara komersial iaitu pengusaha kedai-kedai kristal namun,
komen atau hasil laporan yang dikemukakan tidak menepati
maksud yang lebih jelas dan konkrit, atau hanya untuk
mendapatkan keuntungan material. Justeru anda dinasihatkan
untuk hanya mengambil gambar aura diri anda dan dapatkan
komen daripada mereka yang benar-benar pakar dan memahami
khususnya dalam penerangan secara Islamik. Biarpun begitu,
terpulanglah kepada anda untuk melihat aura diri anda atau
memahaminya menerusi penjelasan di ruangan ini.
Dalam CVT sekiranya warna aura kelihatan terlalu banyak pada
diri seseorang, itu bermakna organ-organ dalamannya sedang
mengalami kebocoran tenaga atau mengalami penyakit. Ini amat
bertentangan dengan pendapat golongan atau kumpulan lain
yang menjelaskan aura menurut definisi mereka sendiri, atau
mungkin menurut kajian di dalam ruang keagamaan
masing-masing.
Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan
cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri
yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan
psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula
bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di
kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura
orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah
sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu
kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia
turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah,
berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual'
yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya
cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat,
bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara
keseluruhannya.
Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau
seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang
menghadapi masalah/penyakit lalu menghasilkan aura yang
berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan
psikologi sepertimana berikut:-
Putih – jika berlebihan (menyelubungi orang itu), ia bererti
hilang kemahuan diri, tiada semangat meneruskan kehidupan,
lesu yang amat sangat, tiada ketahanan diri, mudah tercemar.
Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain
putih). Putih seharusnya berada di luar di bahagian atas
kepala berlatarkan gelap.
Pink/Merah Jambu – jika berlebihan bererti kesepian, sedang
dilamun cinta, kerinduan yang mendalam, trauma bercinta atau
putus cinta yang meninggalkan kesan penderitaan. Mengambil
sedikit makanan yang pahit dapat membantu mengimbangkan
pink.
Violet/Ungu – jika berlebihan bererti mempunyai nafsu makan
dan tidur yang kuat. Rahsia emosi - tahap otak. Kesunyian,
bernafsu tinggi, sensitif, perasa, murung, tidak bernasib
baik, sentiasa dirundung malang, tidak menghargai diri
sendiri dan tidak fokus – mengutuk diri sendiri, boleh jadi
hancur dengan pujian.
Indigo – jika berlebihan dia berada dalam tekanan, tidak
tenteram.
Biru – jika berlebihan, cita-cita yang tidak kesampaian
tetapi jika biru itu seimbang, ia mempunyai visi yang tinggi
dan luas, cita-cita yang tinggi, mempunyai kebijaksanaan,
penuh pengharapan, jauh pandangan serta fikiran yang terbuka.
Hijau – menandakan perasaan rendah diri keterlaluan. Amat
pemalu ataupun sebaliknya. Tidak yakin diri sendiri ataupun
sebaliknya. Perasaan berani dan penyabar tetapi apabila ia
terguris perasaan, akan menjadi pendendam, bengis serta
geram.
Kuning – bekisar pada logik, material (kebendaan). Banyak
menggunakan kuasa, akal, bijak, cerdik, berkira-kira, cermat
atau terlalu boros. Jika kuning berlebihan, orangnya penuh
dengan perasaan was-was, syak wasangka, dengki khianat atau
penyakit pada hati.
Oren – jika berlebihan, dia bersikap melulu, gelojoh, panas
baran yang cepat. Amat cepat menyesal dengan perbuatan yang
lepas. Terlalu mudah hilang pertimbangan pada diri. Suka
kepada makanan masam atau langsung tidak suka pada makanan
masam. Terlalu asidik (berlebihan), kedinginan seksual,
lemah hormon seksual dan cepat klimaks. Banyak terjadi pada
wanita. Haruslah waspada dengan sikap-sikap yang negatif
seperti dinyatakan kerana jika berlarutan, ia akan memakan
diri sendiri.
Merah – warna merah yang berlebihan ruang dalaman dan atasan
bererti tanda keletihan, hilang tenaga, lemah pergerakan,
cepat lenguh, kesakitan, hilang deria sentuhan, bisa-bisa
otot, saraf serta tulang. Amat berkait rapat dengan fizikal.
Berlebihan merah juga menandakan ketakutan yang luar biasa,
gemuruh, panik dan panas baran. Petanda ada masalah gout,
darah tinggi, otot, tulang, saraf dan penyakit seperti
buasir.
Penyucian, pembersihan, penyusunan dan pembentukan aura
menurut keseimbangannya boleh dilakukan dengan Hidroterapi
Ais, menggunakan Aromatherapy Vibration Seri Wajah dan garam.
Formula Sinar juga boleh membantu. Selain itu sentiasalah
hening, tenang, sabar, syukur dan ikhlas di dalam rahsia
berwudhuk dan mandi supaya tubuh mewujudkan aura dalam imej
yang semula jadi. |